PERIHAL DIRI AKU :
NAMA AKU MOHD ASRAF AZHAR BIN ABD HALIM. DI LAHIRKAN DI JERTIH, TERENGGANU TETAPI DIBESARKAN DI KULIM,KEDAH. BERUMUR 32 TAHUN. PENGALAMAN BEKERJA SEBAGAI JURUTEKNIK MARIN DI LAUT SELAMA 10 TAHUN. SEKARANG BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA PERLIS. DI TEMPATKAN MENGAJAR DI BIDANG MEKANIK MARIN.PENGALAMAN BEKERJA SEKARANG MEMASUKI 8 BULAN. SAYA AKAN MENCERITAKAN BLOG MENGENAI BIDANG PERKAPALAN TERMASUK KERJA-KERJA BERKAITAN DI LAUT.
Dinamik Kerjaya Dalam Bidang Marin & Maritim
Mukadimah
Di Malaysia terdapat pelbagai institusi menawarkan latihan berkaitan industri marin & maritim baik dari segi operasi, pembaikpulihan dan pengurusan. Universiti & intitusi pengajian tempatan misalnya, menawarkan pelbagai kursus berkaitan daripada peringkat sijil hingga ke ijazah sarjana, contohnya:
UniKL MIMET
- Naval Architecture & Shipbuilding (Engineering:Degree)
- Marine Electric & Electronics (Engineering:Degree/Diploma)
- Maritime Operation (Management: Degree)
- Ship Construction & Maintenance (Engineering: Diploma)
- Ship Design (Engineering: Diploma)
- Marine Engineering (Engineering: Diploma)
Akademi Laut Malaysia (ALAM)
- Marine Engineering (Diploma: Engineering)
- Nautical Science (Diploma: Navigation)
Politeknik Ungku Omar
- Marine Engineering (Diploma: Engineering)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Naval Architecture and Offshore Engineering (Engineering:Degree)
Instititut Kemahiran (Belia & MARA)
- Maritime Engineering (Engineering: Certificate)
dan lain-lain....
(Anda boleh perbaiki/tambah institusi & kursus lain dalam senarai ini)
Pemilihan Kursus & Minat
Pelajar, khususnya, Lepasan SPM, Sijil Kemahiran, Matrikulasi & Diploma perlu peka akan bidang yang mahu dipelajari serta menitik-beratkan 'kajian' pada sesuatu bidang. Contohnya, Jika A mempunyai minat dalam kejuruteraan serta suka belayar, maka kursus yang wajar untuk beliau Marine Engineering.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membantu menasihati anak-anak memilih kursus yang tepat bersesuaian dengan minat mereka, bukan mengikut gaya pemilihan majoriti orang sekitar yang beramai-ramai menghantar anak ke institusi awam/swasta tanpa memikirkan kewajaran kursus tersebut kepada minat dan kerjaya masa depan anak mereka. Maka, seharusnya ibu bapa digalakkan membuat 'ulangkaji' berkenaan kursus yang sedia ada dalam bidang ini. Masa depan kita adalah hak mutlak Tuhan, namun kita sebagai manusia perlu berusaha & berdoa untuk mencorak masa depan tersebut dengan cemerlang, juga dengan izin Tuhan.
Prospek Bidang & Industri Berkaitan
Bidang marin & maritim di Malaysia ini tidak terhad kepada industri perkapalan sahaja. Contoh industri berkaitan adalah seperti industri Minyak & Gas, di mana Malaysia adalah antara negara yang mempunyai sumber asli fosil. Hal yang demikian menyebabkan syarikat yang berteraskan perniagaan berkaitan minyak & gas tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia.
Pelabur dan syarikat minyak gergasi dunia seperti Shell & ExxonMobil juga mula membuka cawangan mereka di rantau Asia selepas mengetahui akan potensi industri ini di bumi bertuah Malaysia. Keadaan serampang dua mata berlaku di mana pelaburan dan perniagaan tersebut membawa keuntungan kepada negara serta membuka peluang pekerjaan kepada Anak Malaysia serta melahirkan ramai golongan profesional dalam bidang ini. Antara prospek kerjaya dalam industri minyak & gas adalah:
- Engineer (Various Disciplines)
- Inspector (Various Disciplines)
- Sub-contractor
- Document Controller
- DCS Operator (Plant & refinery)
- Crane Operator
- Welder
dan lain-lain....
(Anda boleh perbaiki/tambah kerjaya lain dalam senarai ini)
Namun demikian, institusi yang menawarkan kursus untuk bidang yang khusus menjurus kepada industri ini adalah sedikit bilangannya di Malaysia. Contohnya Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) ada menyediakan latihan persediaan untuk warga tempatan dan tenaga kerja syarikat gas & minyak. Tetapi pengambilan pelatih adalah terhad dan ketat serta mestilah memenuhi kriteria tertentu kerana yang terpilih akan ditaja dan di ambil bekerja oleh penaja (syarikat minyak & gas) mereka. Selebihnya hanya menawarkan kursus jangka pendek untuk ujian sijil kecekapan pelbagai disiplin, contohnya yang biasa dilakukan di Malaysia:
American Petroleum Institute (API)
- API 570 (Piping Inspector)
- Api 510 (Pressure Vessel Inspector)
- dan lain-lain...
Certification Scheme For Personnel (CSWIP)
- Welding Inspection
- Visual Welding Inspector Level 1
- Welding Inspector Level 2
- Senior Welding Inspector Level 3
2. Plant Inspection
- Plant Inspector Level 1 & 2
3. Offshore Inspection
- Underwater (diver) Inspector 3.1U & 3.2U
- ROV Inspector 3.3U
- Underwater Inspection Controller 3.4U
dan lain-lain...
Australian Diver Acceditation Scheme (ADAS)
- Part 1 (Occupational SCUBA to 30m)
- Part 2 (SSBA to 30m)
- Part 3 (SSBA to 50m)
- Diver Medical Technician (DMT)
- dan lain-lain...
National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)
- Safety & Health Officer
- dan lain-lain...
British Gas Approval Scheme (BGAS)
- Painting Inspector Level 1-3
Institute of Corrosion (ICorr)
- Painting Inspector Level 1-3
- Coating Inspector Level 1-3
- Cathodic Protection Technician
dan lain-lain....
(Anda boleh perbaiki/tambah kerjaya lain dalam senarai ini)
Rumusan
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia, khususnya golongan belia (greenhorn), seharusnya merebut peluang latihan yang sedia ada di negara kita. Pendedahan mungkin masih kurang, namun seseorang harus berusaha mencari dan menyelidik serta membuat ulangkaji sendiri berkenaan prospek kerjaya agar dapat memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat serta keadaan pasaran kerja semasa.
**Anda dialu-alukan untuk menambah baik dokumen ini. Terima kasih.